SEJARAH
Sekolah Cheow Min telah ditubuhkan pada 3 Jun 1951 dengan usaha sama beberapa orang pemimpin tempatan dengan sokongan kewangan daripada pelbagai lapisan masyarakat .
Gambar pada tahun 1951
Pada 3 Jun 1951 , Sekolah Cina Cheow Min telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Pontian iaitu Encik B.G. Griffin. Guru Besar yang pertama ialah Encik Goh Lim.
Pada tahun 1959, membeli tapak tanah untuk pembangunan sekolah seluas 1.25 ekar.
Pada tahun 1960, dua buah bilik darjah separa kekal telah dibina melalui peruntukan daripada kerajaan dan sekolah Cheow Min telah didaftar sebagai SJK(C) Cheow Min serta menjadi sekolah bantuan kerajaan .
Pada tahun 1964, 2 buah bilik darjah separa kekal dan sebuah dewan telah dibina . Ini menjadikan struktur SJK(C) Cheow Min semakin lengkap sebagai sebuah sekolah.
Gambar pada tahun 1964
Pada tahun 1972,  tanah seluas ½ ekar telah dibeli sebagai tambahan kepada tapak sekolah yang sedia ada.
Pada tahun 1974, , sekolah ini telah mendapat bekalan elektrik buat kali pertamanya dengan bantuan daripada Yayasan Lee.
Pada tahun 1977, Â projek baikpulihkan dewan serta pembinaan sebuah pejabat guru .
Pada tahun 1980, merupakan tahun yang bersejarah :
Pada 6 Okt 1984, Lembaga Pengurus sekolah pimpinan En. Pang Kwee Tong PIS, PPN, BSI telah menganjurkan satu jamuan beramai-ramai sempena perayaan ulang tahun ke-33 sekolah.
Pada tahun 1986, membina sebuah bilik guru serba lengkap .
Pada tahun 1989, perpustakaan dan 2 buah bilik darjah baru dibinakan.
Pada tahun 1990, membeli perabot bilik darjah dan perpustakaan .
Pada tahun 1995, bilik darjah sekolah dan bekalan elektrik dapat dibaikpulih.
Gambar sekolah pada tahun 1998
Pada tahun 2000, Memperolehi surat kelulusan Kementerian Pendidkan untuk membina bangunan baru.
Pada tahun 2001, Bangunan baru yang mengandungi 24 buah bilik darjah telah siap dibina .
Pada 10 Okt. 2001, YAB Menteri Besar Johor telah melawat sekolah Cheow Min dan menyalurkan sumbangan sebanyak RM 100 ribu ringgit.
Pada tahun 2002, Bangunan baru mula digunakan pada hari pertama persekolahan.
Gambar perasmian 2 buah bangunan baru pada tahun 2002
Pada awal tahun 2007, satu blok bangunan tambahan yang mengandungi 9 buah bilik dibina.
Projek tersebut siap dibina pada bulan Oktober 2007.
Gambar pada tahun 2008